Lirik Lagu Akar Tanpa Tanah
Di tempat kau tinggalkan aku, aku masih berdiri
Aku tak pernah pergi, aku masih tetap di sini
Di tempat kau tinggalkan aku, aku masih berdiri
Aku tak pernah pergi, aku masih tetap di sini
Andai kau itu buta dan aku yang pimpin jalan
Lurus terbentang, tapi kau pilih belokan bayangan
Aku genggam tangan tapi kau longgarkan perlahan
Seolah arah yang aku beri bukan yang kau impikan
Aku tak pernah paksa untuk kau ikut langkah
Aku cuma jadi ada waktu kau hilang arah
Dan bila kau pilih untuk jauh dari sini
Aku lepaskan kau pergi, tapi aku tak benar-benar pergi
Aku belajar diam saat kau makin jauh
Aku belajar redah walau hati tahu to’
Aku tetap di sini walau kau tak kembali
Walau badai di lautan merobek sunyi
Walau sesat di langit biru tanpa destinasi
Aku masih jadi ruang kau pernah berdiri
Aku tetap di sini bukan karena kau pilih
Tapi kerana hati ini masih enggan berpaling
Saat kau di atas, aku pandang dari bawah
Saat kau jatuh nanti, aku masih tak berubah
Kalau satu hari kau cari arah untuk kembali
Aku masih yang sama di tempat kau tinggalkan tadi
Aku tahu dunia boleh ubah semua rasa
Yang setia boleh hilang dalam bisik masa
Dan aku tak mampu lawan harus itu
Aku cuma jadi ruang yang kau lupa selalu
Aku bukan sempurna untuk kau simpan di dada
Tapi aku yang ada tanpa banyak bicara
Tak perlu alasan untuk aku bertahan
Sebab dari awal lagi aku pilih kesunyian
Pergilah kalau kau perlu cari apa yang kau mau
Aku takkan mengejar, aku takkan mengalang
Aku cuma akan jadi bayang yang tak bersuara
Tapi tak pernah hilang
Aku tetap di sini walau kau tak kembali
Walau badai di lautan merobek sunyi
Walau sesat di langit biru tanpa destinasi
Aku masih jadi ruang kau pernah berdiri
Aku tetap di sini bukan kerana kau pilih
Tapi kerana ini masih enggan berpaling
Saat kau di atas, aku pandang dari bawah
Saat kau jatuh nanti, aku masih tak berubah
Kalau satu hari kau cari arah untuk kembali
Aku masih yang sama di tempat kau tinggalkan tadi
Aku tetap di sini bukan menunggu kau pulang
Tapi kerana aku tahu setia tak selalu tentang datang
Andai kau tak jumpa lagi di ruang yang sama
Mungkin akarku mati tak sempat mencari tanah
Bukan kerana aku pergi dari semua rasa
Tapi kerana aku tak lagi punya alasan untuk ada
Lirik lagu lainnya:




